Rabu, 2 Mei 2012

Renungan Pagi...

✿ Renungan ✿

Rasulullah SAW menerusi sabdanya:

“Neraka itu dipagari dengan penuh kenikmatan dan keseronokan manakala syurga itu dipagari oleh ujian dan kesukaran.” (al-Hadis)
...
Sudah ditakdirkan, jalan menuju ALLAH penuh dengan godaan, ujian dan kesukaran. Tetapi apakah kita sengaja menempah susah? Tidak! Kita hanya rela dan tega menerima kesusahan yang sementara demi kesenangan abadi. Inilah tradisi orang bijaksana. Sedangkan orang yang ‘bijaksini’ rela mengorbankan kesenangan abadi di sana (akhirat) hanya inginkan kesenangan di sini (dunia).

Dunia diumpamakan tempat ‘membayar’. Di akhirat nanti tempat ‘bermain’. Pay now, play later. Bayar di sini, ‘berseronoklah’ di sana. Apa sahaja di dunia ini menuntut bayaran. Pilihlah, sama ada untuk membayar dahulu atau membayar kemudian. Tetapi sekirnya kita membayar dahulu, kejayaan dikemudian hari akan menjadi lebih manis dan bererti. :)

Saiyyidina Ali Karamullahuwajhah pernah berkata:
"Beribadatlah sehingga kita letih untuk melakukan kejahatan.”

Banyak kepahitan yang perlu ditempuh oleh orang mukmin untuk menempuh syurga. Demikianlah kehidupan, tidak ada yang percuma. Apatah lagi kehidupan di syurga. Justeru, marilah sama-sama kita berpesan agar rela menerima kepahitan yang sedikit dan sementara di sini demi menikmati kemanisan yang banyak dan abadi di sana. Alangkah jahilnya kita jika kita rela menanggung seksa yang begitu dasyat dan kekal di akhirat hanya kerana nikmat yang sedikit dan sementara di dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan