Alhamdulillah...
Pejam celik-Pejam celik, rupanya kita dah nak masuk bulan Rejab ( yakni bulan untuk kita banyakkan Is'tifar ) , dan tak lama lagi kita akan menemui bulan Ramadhan Al-Mubarak....Subhanallah, begitu cepat rasanya masa berlalu.,....
jom saya kongsikan sedikit info berkaitan 1 Rejab nie....semoga menjadi amalan serta pedoman buat saya dan teman-teman....
Pesanan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre hafizahullahu ta'aala wa ra'aah sebentar tadi, Hari Selasa bermula 1 Rejab, jadi esok malam (Isnin) adalah malam 1 Rejab.. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..
Jadi, esok malam, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT.. Yang paling bagus sekali Istighfar disebut sebagai "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam..Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan