Ahad, 29 April 2012

SELAMAT SUDAH.......

Alhamdulillah......
tamat sudah kursus Bahasa Isyarat Asas 1 di Rumah Seri Kenangan Cheras pada 25 hingga 27 April 2012, banyak ilmu serta pengalaman baru yang dapat ku pelajari antara cara berkomunikasi dengan Golongan istimewa ini serta dapat berjumpa dengan ramai kenalan seangkatan dengan aku iaitu dari JKMN negeri lain dan tak kurang dari institusi JKMM sendiri..., walaupun pada asasnya agak sukar untuk kita orang normal untuk memahaminya...tapi aku berpegang pada satu pepatah bahawa "HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH". di sini ku kongsikan sedikit rentetan perjalanan kursus ini untuk dikongsi bersama rakan-rakan sekalian.....

24.04.2012 ( Selasa )
Jam lebih kurang 5.00 petang aku bersama 4 orang sahabat yang lain bergerak dari pejabat ke RSK Cheras untuk mengikuti kursus Bahasa Isyarat Asas 1, Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 6 jam dan kami tiba di sana dalam pukul 1.00 pagi kerana semasa dalam perjalanan berlaku sedikit kesesakan jalan raya ketika di awal perjalanan, so memang awal pagi la jwabnya kami check in di sana.....

25.04.2012 ( Rabu )
Jam lebih kurang 6.00 pagi, aku dan rakan-rakan telah bangun untuk bersiap-siap kerana pendaftaran jam 8.30 pagi. Menu pagi tue lain dari yang lain, yang mana bagi aku selalu di penang hanya makan mee or bihun goreng tak pun nasi lemak, tp pagi tue kami dihidangkan dengan nasi Kerabu + Ayam Goreng + Budu + sambal....hahahahah..terkedu aku melihat Yusri ( member kursus aku ) tak terkata apa-apa......hahahah...

habis sarapan pagi, kami di diberi taklimat oleh Presiden Persatuan Orang Pekak Malaysia iaitu Tuan Mohd Sazali, beliau seorang yang amat sporting....semasa sesi taklimat semuanya tercengang sebab memang x faham apa yng disampaikan, nasib baik ada translater......:)
selepas sesi taklimat kami semua dibahagikan kepada beberapa group, dan setiap group mempunyai 9 hingga 10 orang dan dibimbing oleh 2 orang fasilitator ( guru ) dimana memang guru-guru yang diberi memang 100% pekak dan bisu....dalam fikiran aku berkata....adus mcm nak belajar nie kalu memang dah cikgu yang diberi tak boleh bercakap.....hmmm....namun fikiran ku meleset sebab cikgu yang diberi untuk mengajar kami memang terbaik,......pada mulanya agak kekok untuk memahami apa yang diterangkan or tugasan yang diberikan....ku lihat ramai kwan2 ku serta aku ketawa kecil dan lucu kerana lain yang cikgu suruh buatlain jadinya.........hahahaah....sesi pertama kami di ajar mengenai huruf dari A hingga Z, aku cuma tau sikit-sikit jal pasal huruf nie, tue pun sebab aku sempat belek2 buku bahasa isyarat sewaktu interview klien OKU di ofis dulu..........kami di ajar cara memperkenalkan diri dan juga trademark masing-masing menggunakan bahasa isyarat....hahaahah.....agak kekok juga la aku......


setelah selesai mengenal abdjad huruf kami diajar pula mengenai Angka...., selepas waktu lunch iaitu kelas jam 2.30 petang kami di ajar mengenai keluarga dimana simbol-simbol isyarat yang menunjukkan bapa,ibu, kakak, abang , adik, lelaki perempuan, datuk, nenek dan lain-lain lagi.....

setelah habis sesi petang, sesi malam bermula pada jam 8.30 malam....selepas waktu makan malam...

pada sebelah malam kami di jamu dengan makanan yng agak best juga iaitu, nasi putih, Pari masak Asam Pedas, Sambal/Kari Sotong, Sayur campur buah Tembikai dan Teh O' panas.....aku memang peminat No 1 masak Asam Pedas...Fuhhh terangkat kuah dia.....Sotong memang aku jarang makan sebab aku skrng allergic makanan laut..., tp aku tengok malam tue macam best ja masakan dia, so aku pun try la....dan apa yng terjadi keesokanya...hmmmm.( tunggu.....)


Sesi malam dimulakan dengan mengulangkaji balik pelajaran pagi dan petang tadi dimana setiap peserta hendaklah memperkenalkan diri serta trademark masing-masing dan selepas itu perlu menceritakan tentang ahli keluarga masing-masing......:)

Alhamdulillah, walaupun baru satu hari kami semua belajar, semua dah nampak faham, walaupun kadangkala tersasul menggunakan simbol bapa dan ibu....hahahahha...kata cikgu, takpa...berlajar perlahan-lahan, biar lambat asal faham......:)

so, selepas sesi ulangkaji diadakan, kami diajar mengenai warna, macam-macam kerenah dapat ku belajar.....hahaha.....hinggakan  rasa sekejap ja kelas dh nk tamat, x macam kursus-kursus lain yng pernah aku hadiri......so jam pun dh dekat 10.30 malam....jap g terus masuk dorm utk rehatkan bdn.....
so perjuangan untuk esok harus diteruskan......so jumpa nanti k....

bersambung....

2 ulasan: