Putera Fisabilillah
Rabu, 20 Jun 2012
http://haryatifaizal.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
Yeahhhhhhhhh..................Tahniah-Tahniah......
Semoga Persahabatan dan Jalinan Ukhwah akan tetap diteruskan sampai bila-bila....
Amin....
X lupa...Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke ......tut..tut....( Biarlah Rahsia erk..)...
Label:
Kawan-Kawan
Lokasi:
Level 30, KOMTAR , Pulau Pinang,
SALAM TAKZIAH...
Hari nie 20.06.2012 ( Rabu ), telah kembali ke Rahmatullah kak kepada ofismate aku iaitu, Mami Zaini akibat Komplikasi Buah pinggang, Salam Takziah dari aku dan kawan-kawan buat Mami Zaini sekeluarga, semoga roh Almarhumah Dicucuri Rahmat...dan diletakkan dikalangan orang-orang yang terpilih...Amin.
Selasa, 12 Jun 2012
HAPPY BESDAY DAN BELATED BIRTHDAY MY FRIENDS
Happy Belated Birthday to Puan Ida Dewi, Tuan Mohd Aiman Syafiq bin Baharul Akhmar dan semestinya Pada Mami Zaini Kasim, semoga kalian panjang umur dan dimurahkan rezeki.....Maaf lah x sempat nak prepared hadiah utuk korang sebab kesibukan tugas-tugas rasmi....Hanya sempat menghadiahkan sebiji kek sahaja....huhuuh....Insyallah ada rezeki lain kita sambut Besday our Best friends En Ameer....hahahahah...
Ahad, 3 Jun 2012
SELAMAT PENGANTI BARU MY FRIENDS
Alhamdulillah.....
Amin..
selesai sudah menghadiri Majlis Perkhawinan Saudara Ameruddin dan pasanganya Haida,
Semoga pasangan ini diberkati allah selalu hingga ke akhirnya.....
Amin..
Rabu, 30 Mei 2012
First Time selepas Keja.....
Hahahahah..entry kali nie aku nk kongsi sikit la ngan korang semua ( pinjam ayat kat Haryati ) hahahaha...., First time dalam kerjaya aku datang dan balik kerja naik bus berhenti-henti....hahahaahah...knapa aku gelak????...bkn apa, tak pernah terpikir pun nak dtng dan balik keja ngan bas selama nie... tapi disebabkan faktor2 yang tak dapat dielakkan, so terpaksa la redah jaa....Hari Isnin ( 28 Mei 2012 ), aku terpaksa balik naik bas 501 ( Jetty - Balik Pulau ), nak tau knape???..hahahah...disebabkan balik offis jam 10.00 malam + Hujan + parking moto dah tutup..= Naik bas la jawabnya....
Masa tue tak terpikir pun nak naik bas, sebab selalunya kalu dah lewat sangat aku akan chek Inn rumah kawan-kawan sebelah sini..tp dok pikir-pikir.....hmmm mcm tak best la pulak nk kacau privasi depa kan, tambahan pula tgh basah kuyup kena ujan....huhuhuh...
so, aku pun tawakkal ja la lari ke stesen bas kt bawah komtar, dengan harapan ada lagi la bas yang akan ke balik pulau...dan alhamdulillah...nasib baik ada lagi bas rapid ( last trip ) ke sana jam 11.00mlm...lega, rasanya..
aku pun berbaris la nk naik bas ke balik pulau, first time aku naik bas berhenti-henti semenjak 5 tahun aku berkerjaya kat sini.....hahahahah....
tambang ke balik pulau dari tempat kerja aku dalam RM 3.40 satu hala.., so dalam perjalanan yang basah kuyup akibat kena ujan masa kt depan pintu parking, aku sambil mengigil dalam bas sementara nak tunggu bas sampai ke Balik Pulau...Tapi nasib baik la penumpang masa tue x la terlalu ramai...so cepatlah sikit aku sampai kt umah...perjalanan dari Komtar ke Balik Pulau dalam masa 1 jam 30 minit..tpi mungkin last trip + Hujan = orang tak ramai, dalam 1 jam 15 minit dah selamat sampai kat Balik Pulau...
Keesokannya, jam 6.30 pagi aku dah ada kt setesen bas Balik Pulau sebab, aku kena Punch Card masuk sebelum jam 8.30 malam, tunggu punya tunggu, jam 7.00 pagi baru ada trip ke Jetty dari tempat aku...so aku pun bergegas la beratur naik bas utk ke ofis aku...skali lagi nasib aku baik sebab masa nie cuti sekolah, so x la ramai sangat penumpang yang naik.....bermacam-macam ragam manusia aku dapat tgk sepanjang perjalanan aku mai keja naik ofis...ada satu stesen tue ramai sangat Nyonya-Nyonya dengan payung dan bakul sambil berebut-rebut naik bas,....( dalam hati kecil aku dok tanya ) aik depa nie nak pi Reunion ka. awai-awai lagi dah kalut nk naik bas..mengalahkan orang yng nk p kerja.....hahahahah.....rupanya2nya depa nk p market..aku sempat la tnya satu auntie nie...awal auntie naik bas...dia cakap..ya. la adik, mau pergi market, cari ikan, kalu lambat p sudah habiss....oohhhh...aku berkata"knapa x suruh anak hantar ja auntie" diaorang manyak sibuk la adik...mau cari duit, lagipun harinie kira x ramai la adik sebab sekolah cuti...kalu tidak lagi awal kita p market......
Dalam hati kecil aku pun berkata "oohh mcm tue rupanya, bagaimana kwan-kawan aku yang mai ofis naik bas...patutlah depa dok sembang turun ja feri kena berlari-lari..rupa-rupanya sebab memang ramai jugak yang guna bas awam nie....so kalu penuh memng kena tunggu bas lain..
walaubagaimanapun..pengalaman ini memnag amat berharga jugak bagi aku sebab, dapat jugak tgk bermacam-macam ragam orang...patutlah..cukup ja time semua pakat-pakat berkejar-kejar ke Punch card...sebab kalu asyik dok lengah-lengah lagi maka lewat la sampai umah....bagi aku kalu saja-saja nak naik bas henti-henti nie,..rasanya x kot....huhuhuhu....tambah-tamabah time budak p sekolah....huhuhh..
syukur sangat-sangat sebab boleh naik moto sendiri mai keja....
Ahad, 20 Mei 2012
ADA APA DENGAN 1 REJAB
Alhamdulillah...
Pejam celik-Pejam celik, rupanya kita dah nak masuk bulan Rejab ( yakni bulan untuk kita banyakkan Is'tifar ) , dan tak lama lagi kita akan menemui bulan Ramadhan Al-Mubarak....Subhanallah, begitu cepat rasanya masa berlalu.,....
jom saya kongsikan sedikit info berkaitan 1 Rejab nie....semoga menjadi amalan serta pedoman buat saya dan teman-teman....
Pesanan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre hafizahullahu ta'aala wa ra'aah sebentar tadi, Hari Selasa bermula 1 Rejab, jadi esok malam (Isnin) adalah malam 1 Rejab.. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..
Jadi, esok malam, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT.. Yang paling bagus sekali Istighfar disebut sebagai "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam..Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar..
Rabu, 2 Mei 2012
Renungan Pagi...
✿ Renungan ✿
Rasulullah SAW menerusi sabdanya:
“Neraka itu dipagari dengan penuh kenikmatan dan keseronokan manakala syurga itu dipagari oleh ujian dan kesukaran.” (al-Hadis)
...
Sudah ditakdirkan, jalan menuju ALLAH penuh dengan godaan, ujian dan kesukaran. Tetapi apakah kita sengaja menempah susah? Tidak! Kita hanya rela dan tega menerima kesusahan yang sementara demi kesenangan abadi. Inilah tradisi orang bijaksana. Sedangkan orang yang ‘bijaksini’ rela mengorbankan kesenangan abadi di sana (akhirat) hanya inginkan kesenangan di sini (dunia).
Dunia diumpamakan tempat ‘membayar’. Di akhirat nanti tempat ‘bermain’. Pay now, play later. Bayar di sini, ‘berseronoklah’ di sana. Apa sahaja di dunia ini menuntut bayaran. Pilihlah, sama ada untuk membayar dahulu atau membayar kemudian. Tetapi sekirnya kita membayar dahulu, kejayaan dikemudian hari akan menjadi lebih manis dan bererti. :)
Saiyyidina Ali Karamullahuwajhah pernah berkata:
"Beribadatlah sehingga kita letih untuk melakukan kejahatan.”
Banyak kepahitan yang perlu ditempuh oleh orang mukmin untuk menempuh syurga. Demikianlah kehidupan, tidak ada yang percuma. Apatah lagi kehidupan di syurga. Justeru, marilah sama-sama kita berpesan agar rela menerima kepahitan yang sedikit dan sementara di sini demi menikmati kemanisan yang banyak dan abadi di sana. Alangkah jahilnya kita jika kita rela menanggung seksa yang begitu dasyat dan kekal di akhirat hanya kerana nikmat yang sedikit dan sementara di dunia.

Langgan:
Catatan (Atom)